WARKAH PENGASAS

Izhan Global Trading

(No Daftar :201303069828)
No 3A, Jalan 2/3B, Taman Sutera,
43000 Kajang
Selangor.

Hubungi Kami:

whatsapp/sms/suara :
012-2096007(izhan)

email: info@madualburuj.com.my

DARI HATI PENGUSAHA AL BURUJ

"Perniagaan kami menyediakan produk madu tualang yang diambil dari hutan liar nusantara/Terengganu tanpa ragu ragu & madu kelulut dari ladang yang terpilih. Madu al~BuruJ adalah hasil kerja tangan-tangan orang Islam untuk keperluan masyarakat Islam setempat.

Pihak kami adalah perniagaan yang berdaftar dan kami mengikuti hukum fekah di dalam Islam. Insha Allah, madu tualang & kelulut label al~BuruJ yang dijual oleh perniagaan kami adalah halal dan mematuhi kehendak syarak. 

Kami beriktiqad dengan perniagaan Madu al~BuruJ kami dapat menyediakan kemudahan kepada kaum muslimin dan muslimat setempat bagi membeli secara pos/platfrom e commerce seperti TikTok, Lazada dan Shopee untuk mengelakkan diri dari pembaziran masa dan menutup ruang maksiat atau fitnah semasa bersiar-siar di pasar serta menambah ruangan masa yang berkualiti bagi di isi dengan kerja - kerja serta usaha ibadat mengikut tuntutan serta suruhan Allah `azza wa jalla (yang maha perkasa lagi mulia).

Perniagaan ini juga adalah salah satu usaha untuk meningkatkan ekonomi umat Islam melalui pengeluaran zakat kepada senarai asnaf yang telah ditetapkan oleh Allah `azza wa jalla.

Semuga pemakanan madu membawa barakah di dalam kehidupan seharian anda selari dengan tuntutan sunnah dan perolehi kebaikan kesihatan dan kesembuhan dari Ilahi. Insya-Allah"

Izhan Khalib bin Mohd.
Dicatat: 13 Jun 2014 / 15 Syaaban 1435
Dikemaskini: 4 Oktober 2023 / 18 Rabi'ul Awwal 1445
Pengasas perniagaan Izhan Global Trading.