Hakikat Madu AL BURUJ

MADU TUALANG MENTAH

Madu tualang dan madu kelulut label AL BURUJ adalah merupakan madu yang tidak diproses dikenali sebagai madu mentah. Tidak diproses memberi erti, madu ini dituai dari sarang , disaring bagi mengeluarkan saki baki lebah atau bahan asing dan dibotolkan untuk jualan.

Di dalam perut lebah terdapat 2 kantung. Salah satu kantung menyimpan nektar dari pokok serta bunga dan salah satu lagi menyimpan makanan untuk lebah. Dalam kantung perut lebah yang menyimpan nekktar ini akan dicerna menjadi madu. (http://www.buzzaboutbees.net/bee-enzyme.html)

Nektar ini mengandungi 80% air bersama gula kompleks. Air di sini bukan lah air hujan, tetapi air di dalam nektar itu sendiri. Lebah akan mengimbaskan sayap mereka bagi mengeringkan air ini dan apabila madu sudah cukup melekit dan lembap pada kadar yang sempurna ianya akan disimpan di dalam sarang lebah.
(https://beeuorganics.wordpress.com/2012/12/22/how-bees-collect-nectar-to-make-honey/)

Setelah sarang lebah dibawa turun pemburu akan memerah sarang ini dengan menggunakan sarung tangan. Madu ini yang segar dan tidak diproses terus di hantar kepada kami untuk dipasarkan. 

Berbeza dengan madu di pasaraya, mereka akan memproses madu ini dengan cara mengeringkan lagi madu tersebut sehingga kepada sukatan peratusan kelembapan kurang dari 20%  barulah dipasarkan. Tetapi tidak dengan al~BuruJ Madu Tualang Asli . Kami tidak melakukan proses pengeringan yang sedemikian kerana kami percaya nisbah kelembapan dalam madu yang telah disediakan oleh lebah adalah lebih mujarab lagi dari campur tangan manusia. Itulah uniknya al~BuruJ Madu Tualang Asli ini.

Kami menyediakan madu yang berkualiti terbaik dengan harga yang mampu dibeli dan membolehkan tuan puan berpeluang untuk beramal dengan madu sebagai makanan sunnah untuk diri, isteri dan keluarga anda. al~BuruJ Madu Tualang Asli mengandungi madu tualang yang di ambil dari lebih beribu jenis bunga-bungaan di hutan nusantara/Malaysia.


MADU GELAM Dari LEBAH KELULUT YANG TERHAD

Madu kelulut adalah sejenis lebah yang dapat dipelihara di ladang. Ianya dapat dituai pada sekitar awal bulan 2 sehingga bulan 11 setiap tahun:-

Madu dari pokok Gelam telah mendapat menarik minat penyelidik di Malaysia tentang kebaikan madu gelam ini. Boleh baca kertas kajian penyelidikan dengan klik di sini.

MADU GELAM & MADU TUALANG DARI LEBAH TUALANG

Produk AL Buruj Madu Tualang Terengganu adalah merupakan madu yang dihasilkan oleh lebah tualang(apis dorsata) dari pokok gelam. Ianya berwarna emas.

Di Terengganu, apis dorsata menghasilkan madu dari pokok gelam dalam musim migrasi yang berlaku pada sekitar :-

Migrasi ini juga berlaku tertakluk kepada keadaan semasa cuaca    iaitu hujan. Selain dari bulan-bulan migrasi ini apis dorsata akan memasuki ke dalam hutan Terengganu untuk membuat madu apabila cuaca kering panas dan tiada hujan. Apabila berlaku hujan, lebah ini akan kembali ke kawasan pokok gelam. Penuaian madu tualang yang bewarna emas di hutan dalam ini tertumpu di hutan tasik kenyir.

Produk AL BURUJ Madu Tualang Tasek adalah merupakan hasil tuaian madu tualang di kawasan hutan tasik kenyir ini.

Kenapa produk ini di panggil AL BURUJ Madu Tualang Terengganu ? Ianya adalah untuk menunjukkan variasi lebah tualang yang membuat madu dari hutan pokok gelam di Terengganu.

Madu Mellifera

Madu Mellifera adalah merupakan madu yang dihasilkan oleh lebah Mellifera yang diternak di kawasan hutan industri pokok akasia karva.

Walaupun diternak, makanan lebah Mellifera ini ialah secara meliar tidak diberi makan. Jadi kawsan ternak ini di dalam hutan pokok akasia karva makan madu yang dihasilkan oleh lebah Mellifera ini adalah madu akasia karva.

Madu ini berwarna gelap, pekat dan manis apabila kita memakannya.