FAQ

S: Apakah bezanya al~BuruJ Madu Tualang Asli dengan madu-madu lain di pasaran ?

J: al~BuruJ Madu Tualang Asli adalah madu tualang yang tidak diproses. Manakala kebanyakan madu-madu lain yang dijual dipasaran adalah madu yang telah diproses dengan cara mengeringkan air semulajadi yang dihasilkan dari nektar pokok atau bunga yang berada di dalam madu kepada tahap kurang dari 20% aras kelembapan madu. Untuk mengenali madu yang telah diproses ialah dengan cara melihat keadaan texture yang pekat likat dan tidak mempunyai buih. Sebenarnya, setelah dikeringkan tiada lagi tabiat madu yang semulajadi iaitu berbuih kerana proses pengeringan kelembapan ini telah menghalang sifat semulajadi penapaian ini terjadi secara semulajadi di dalam madu tersebut. Berbeza dengan sifat madu tualang kami yang mentah tidak diproses serta kandungan al~BuruJ Madu Tualang Asli adalah seperti mana ianya berada di dalam sarang lebah mengikut kehendak tabiat semulajadi lebah itu sendiri. Ini adalah sesuai seperti mana firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 68 & ayat 69 menerangkan madu adalah penawar untuk manusia.

S: Mengapakah al~BuruJ Madu Tualang Asli tidak mempuyai nombor pendaftaran KKM ?

J: al~BuruJ Madu Tualang Asli adalah diklasifikasikan sebagai produk makanan, kami telah merujuk perihal Madu al~BuruJ Tualang ini kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia oleh itu pendaftaran tidak diperlukan.

S: Apakah kelebihan al~BuruJ Madu Tualang Asli ini 

J: Pada dasarnya madu adalah sama seperti diterangkan di dalam quran surah An Nahl 16: 69 . Kelebihan al~BuruJ Madu Tualang Asli adalah kesegaran madu lebih liar tualang itu sendiri dan al~BuruJ Madu Tualang Asli adalah dari sumber madu tualang asli yang tidak diproses. Kami mengambilnya sebegitu, sebegitulah kami menjualnya. Oleh itu sekiranya madu ini aktif terutama di musim panas tidak berhujan, gas pada botol madu akan kuat boleh meletup penutup botol dan boleh memecahkan botol sekiranya diletakkan di tempat yang panas. Madu yang segar ini kebiasaanya akan aktif dan kekurangan aktif itu akan berkadar terus dengan tarikh kesegaran yang diambil dari hutan. Dengan itu kami meletakkan label tarikh kutipan pada botol al~BuruJ Madu Tualang Asli ini bagi memastikan kesegaran al~BuruJ Madu Tualang Asli adalah milik anda. Lebah tualang adalah Apis Dorsata nama yang digunakan di dalam ilmu sains merupakan lebah liar yang tidak boleh dijinakkan Sebab itulah cairan al~BuruJ Madu Tualang Asli adalah berlainan kerana madu ini di kutip di hutan belantara di atas pulau dan kami menjual laris di pasaran sebab itulah senantiasa stok madu kami adalah madu tualang yang segar.

S: Kenapakah al~BuruJ Madu Tualang Asli ini warna gelap, adakah ianya Madu Tualang asli ?

J: Tindak balas kimia semulajadi semasa penapaian menjadikan al~BuruJ Madu Tualang Asli akan bertambah masam, semakin pahit dan menyengat, semakin cair dan bertambah hitam... bagi yang mempunyai asas sains boleh rujuk di bawah...

Madu – (fermentation)-- Levoluse & Dextrose (YIS) ---- Alcohol + CO2 ---- O2--- Asid Asetik + Air

(Fermentation of Honey: caused by the action of sugar-tolerant yeasts upon levoluse and dextrose, resulting in the formation of alcohol & carbon dioxide, finally will be turn as acetic acid)" (rujukan dari blog: http://blogmadu2u.blogspot.com/2011/12/madu-tualang-asli-kaitannya-dengan.html?m=1 )


S: Kenapakah al~BuruJ Madu Tualang Asli mempunyai tarikh kutip dan TIADA tarikh luput ?

J: al~BuruJ Madu Tualang Asli adalah tidak mempunyai tarikh luput. Walaupun begitu al~BuruJ Madu Tualang Asli kami mempunyai tarikh kutip. Tarikh kutip adalah tarikh madu di ambil di dalam hutan. Madu ini terbaik dimakan sebelum 9 tahun dari tarikh kutip.

S: Mana mungkin banyaknya madu liar ini untuk dijual di pasaran ?

J: Memang banyak pun. Mari kita lihat Quran Surah An Nahl 16: 68 dan An Nahl 16: 69 Kita mesti lihat Allah menyuruh lebah membuat sarang, dan madu ini Allah cipta untuk penawar kepada manusia.

Ini fakta madu tualang liar yang diusahakan di Terengganu, keratan akhbar tahun 2011:

"Menurutnya, peranan Kopemat adalah menyelaras kegiatan dan aktiviti pemungut madu lebah yang berdaftar dalam usaha menyumbang ke arah usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka selain meningkatkan aspek keselamatan ketika melakukan kerja-kerja mengutip madu lebah.

Difahamkan pengusaha madu lebah di negeri ini mampu mengeluarkan 20 tan madu lebah setahun dengan harga purata RM40 ke RM60 sekilogram yang menjadi antara madu lebah terbaik dunia terutamanya madu lebah tualang."

20 tan madu hanya laporan madu tualang yang ditulis bagimana dengan kutipan madu yang tidak dikutip oleh Kopemat di Terengganu, sudah tentu angka 20 tan pasti meningkat sekitar 40-60 tan. Macam mana negeri-negeri lain di Malaysia ? sudah tentu berpuluh-puluh tan lagi.


S: Madu tualang banyak palsu, mana boleh percaya al~BuruJ Madu Tualang Asli entah - entah palsu juga?

J: Kebanyakan madu yang dijual ditepi jalan dengan harga yang murah yang tidak mempuya lesen perniagaan malah tidak mempunyai syarikat, semurah RM35.00 untuk sekilogram. al~BuruJ Madu Tualang Asli kami adalah dijual dengan harga RM130.00 untuk sekilo gram. Kerana kos untuk mengambil madu liar di dalam hutan belantara bukanlah satu kos pekerjaan yang senang lagi murah, harga RM130.00 sekilo pun sekiranya ditolak kos labelan, botol, penapisan, upah orang panjat, angkut dan caj sana sini ..itu pun masih lagi tidak kira untung besar. Cuba anda fikir, adakah dengan RM35.00 untuk sekilo madu tualang yang dijual di tepi jalan tanpa jenama itu dapat menampung segala kos yang pembeli tidak nampak ini ? Tepuk dada tanyalah fikiran anda. Silap hari anda makan madu yang anda katakan asli itu kerana harganya yang murah adalah dari larutan gula melaka.

Keaslian madu al~BuruJ adalah disokong oleh persijilan, boleh baca muka surat persijilan kami dengan klik di sini.

S: al~BuruJ Madu Tualang Asli 200 gram di masukkan ke dalam peti ais beku(frozen) selama sebulan lebih - saksikan apa yang berlaku?

J: Kami letak Madu al~BuruJ 200 gram di dalam peti sejuk beku(frozen) selama 1 bulan lebih- saksikan kebekuannya. ....(klik ke YouTube) 

S: Kenapakah al~BuruJ Madu Tualang Asli dikerumuni oleh semut-semut ?

J: Kelembapan madu tualagn al buruj adalah melebihi 20% ini menjadikan semut tertarik kepada objek pada kelembapan sedemikian. Kalau dibandingkan dengan madu arab yang tiada tarikan semut adalah kerana kelembapan madu arab kurang dari 20% kerana keperluan eksport/import mewajibkan madu dikeringkan kepada kurang 20%.

S: Apa bezanya al~BuruJ Madu Tualang Asli dengan brand madu madu lain yang dijual di pasaran ?

J: al~BuruJ Madu Tualang Asli adalah madu hasil dari pulau nusantara. Di kepulauan Melayu nusantara terdapat pokok-pokok yang tidak dapat tumbuh di tanah besar. Sebagai contoh pokok cengkih dan sebagainya. Untuk membuat 1 kg madu, koloni lebah memerlukan 4 juta bunga setara dengan 4 kali mengelilingi dunia (rujuk buku: Berkat Madu: Sehat , cantik dan penuh vitalis. Penulis IR. Rostita. Penerbit Qanita. PT MIzan Pustaka. Bandung. halaman 26). Segala jenis bunga di atas pulau di gunakan untuk menghasilkan madu di dalam koloni lebah.

S: Kenapakah rasa al~BuruJ Madu Tualang Asli ini berlainan dari botol yang saya beli dahulu ?

J: Kami menjual al~BuruJ Madu Tualang Asli yang berasal dari sumber yang liar di hutan belantara, rasa madu kami berbeza sama sekali dengan madu ternak. Madu ternak rasanya tetap sama kerana bunga yang di pelihara di sekitar kawasan ladang ternak adalah sama. Manakala al~BuruJ Madu Tualang Asli ini di kawasan hutan liar, ada musim pokok - pokok berbunga dan ada musimnya pokok-pokok tidak berbunga. Untuk menghasilkan 1 Kg madu lebah perlu mengutip 4 juta bunga. Sekiranya anda adalah pengamal al~BuruJ Madu Tualang Asli yang setia anda akan ketahui pada awal tahun rasanya berbeza dengan madu yang dikutip pada akhir tahun. Pada botol jualan kami, kami melabelkan tarikh kutipan ini bagi menjamin kesegaran produk kami.

S: Bagimanakah cara pemakanan al~BuruJ Madu Tualang Asli ini?

J: Dua sudu di sebelah pagi dan dua sudu sebelum tidur, sebaiknya dicampurkan dengan air suam. Pengambilan sebelah pagi seeloknya 20 minit sebelum sarapan pagi. Hendaklah menggunakan sudu plastik kerana dipercayai sudu besi akan menghilangkan khasiat madu.

S: Apabila saya mengambil al~BuruJ Madu Tualang Asli saya mejadi kerap kencing dan buang air besar?

J: Sekiranya toksik badan anda tinggi ..badan akan dinyahkan toksik oleh madu, setelah badan stabil anda tidak akan lagi mengalami masalah kerap kencing dan buang air besar ini. Madu adalah makanan yang dirakam oleh Allah dari Quran surah An -Nahl ayat 68 dan 69. Terdapat juga hadis nabi yang menyarankan madu ini digunakan sebagai ubat kepada sahabat yang terkena penyakit cirit-birit (Sahih Bukhari. 71:Perubatan:NO:588). Madu tidak membawa kerosakkan kepada pemakannya, malah mereka yang memakan madu akan perolehi 2 fadhilat besar. 1) Mengikut pemakanan sunnah/pahala mengamalkan sunnah baginda Muhammad rasulullah saw 2) Memperolehi kebaikan di segi fizikal dan spiritual.

S: Apakah al~BuruJ Madu Tualang Asli boleh membantu tenaga batin atau pendek kata ketahanan seks?

J: Ketahanan seks hanya dapat dicapai oleh tuan punya badan yang mempunyai rekod kesihatan yang baik. Walaupun begitu ada laporan dari pengamal al~BuruJ Madu Tualang Asli ini mereka mengamal 2 sudu al~BuruJ Madu Tualang Asli dicampurkan dengan setengah gelas air suam, dibacuh dan diminum sebelum 10 minit beradu dengan isteri dapat mengoptimumkan penapaian seks dengan pasangan.

S: Adakah terdapat sejarah purba kala berkenaan dengan madu ini?

J: Ya ada.

1) Raja Spartan, Agesiplois yang meninggal dunia di Asia(Burma) telah diletakkan di dalam madu untuk diawet mayat beliau.(rujuk: The Sacred Bee in Ancient Times and Folklore. Penulis: Hilda M. Ransome. Courier Dover Publications, Apr 20, 2012)

2) Teks purba lama Roman dinyatakan oleh Aristoxenus, sesiapa yang memakan roti dan madu akan bebas dari penyakit rujuk Athenaeus, The Deipnosophists

3) Di dalam masyarakat purba China, madu bersama susu suam digunakan untuk penyakit gastrik dan ulser perut berkurun - kurun lamanya dan merupakan kaedah untuk mengatasi kegelisahan dan insomnia. Rujuk Buku: Halaman 60, karangan Nathaniel Altman The Honey Prescription: The Amazing Power of Honey as Medicine,Inner Traditions / Bear & Co, Mar 9, 2010.


S: Adakah terdapat maklumat di dalam Quran?

1) Al-Quran Surah An Nahl 16: 68
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia."

2) Al- Quran Surah An Nahl 16: 69
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

S: Bagimanakah untuk menjadi agen al~BuruJ Madu Tualang Asli ?

J: Anda boleh menjadi rakan affiliate di TikTok rasmi kami (klik sini). Boleh pilih produk madu kami untuk dijual diprofail anda dan X% akan dibayar oleh TikTok kepada anda untuk setiap jualan. X% boleh rujuk di laman rasmi TikTok kami.